3

[ TIME IS THE BEST MEDICINE ]

Posted by shouji on 13:35
....................................

|
1

[ WASIAT IMAM SYAFIE ]

Posted by shouji on 12:27

Wasiat Imam Syafie.....
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
.
3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi
.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
.
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak
.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat
.
9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."





-Bernama-

|
0

[ DARK ]

Posted by shouji on 17:50

Kehadiran mu


Kau hadir tika ku tersungkur jatuh
Tika aku kecewa..
Tika aku hilang arah..
Tika aku keseorangan..tiada sesiapa
Menghidupkan hatiku yang mati
Menyedarkan aku dari mimpi

Kau hadir saat aku kehilangan
Saat nafasku sesak untuk bernafas
Saat mataku kabur untuk melihat
Memberiku cahaya dalam kegelapan
Menunjukkanku jalan di hadapan
Kau hadir walaupun aku lupa
Kau hadir demi kasih Mu padaku
Kau hadir demi sayang Mu padaku
Kau hadir agar aku menyedari
Adanya Engkau di sisi

Kusedar..aku lupa pada yang mengingatiku
Aku lupa pada yang menyayangiku
Aku lupa pada yang mengasihiku
Aku lupa pada yang merinduiku
Dia..yang merindui kalamNYA di baca olehku
Dia..yang merindui zikir yang bertahmid dibibirku
Dia..yang merindui sujudku padaNYA
Kusedar..aku yang perlu mengingatiNYA
Aku yang perlu merinduiNYA
Aku yang perlu mencintaNYA
Kerna kasih..kerna cintaNYA
Aku kini bahagia...


by : ~ Alya Saffiyah ~

|
0

[ LIFE ]

Posted by shouji on 14:35

Kenapa Hati Tak Mahu Mengerti

Kenapa saudara
salam mu ada api di hujung tawa
tak cukup ikhlaskah bibirku menyapa
walau ku hias pelangi di ruang rinduku
terus kau robek perasaanku
melakar semiler benci di hujung bicaramu.

Salam siapa kau bawa
mencipta riak ombak
merombak bait-bait puisi cintaku
menjadi kosa kata tanpa makna.

Terlalu sukar rupanya
memahami bicara hati
walau puisi disusun beraksara rindu
yang terbaca olehmu adalah benci
kenapa hati tak mahu mengerti
aku bukan musuhmu
untuk kau menyatakan benci.

Renyai hujan yang menitis
dari rindu yang tiris
pada takungan kelatnya hati
menilai bait-bait puisi
menambah kusut simpulan benang kasih
tak terlerai,tanpa rindu yang putih.

Yajuk
Bj22032009

|

Copyright © 2009 Time of Your Life... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.